2:39 PTG

Pengenalan BAKRIS

Dicatat oleh Badan Dakwah @ Kempimpinan Remaja Islam (BAKRIS)

Badan Dakwah Dan Kepimpinan Remaja Islam merupakan sebuah pertubuhan bebas remaja islam yang memfokuskan kearah pembentukan sahsiah para remaja kini bagi merealisasikan kehidupan masyarakat yang islamik. Badan ini telah ditubukan pada Disember 2007 dan dianggotai oleh golongan mahasiswa/i. Ianya telah rancak bergerak aktif di kawasan Hulu Perak sehingga kini dengan program-program yang banyak mensasarkan golongan remaja disamping turut mengetengahkan program yang melibatkan masyarakat umum.

Visi:

Menjadikan BAKRIS sebagai medan untuk membentuk kepimpinan remaja yang berketrampilan dan unggul sebagai peneraju negara.


Misi:

- Melahirkan remaja yang berakhlak dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap.

- Mewujudkan suasana kehidupan remaja yang islamik dan berilmiah.

- Melahirkan remaja yang bersedia mempertahankan agama,bangsa dan negara.

- Mempersiapkan usia remaja dengan bekalan rohani dan jasmani.

- Melahirkan remaja yang kreatif, proaktif dan efektif dalam segenap segi.


0 ulasan:

Catat Ulasan