3:52 PG

KPI`09 : Membina Generasi Rabbani

Dicatat oleh Badan Dakwah @ Kempimpinan Remaja Islam (BAKRIS)

Plang,Gerik: Kem Penghayatan Islam 2009 (KPI`09) yang bermula diadakan 11, 12 & 13 Disember 2009 telah pun melabuhkan tirainya kira-kira tengahari pada hari ketiganya. Program yang diadakan di D`Risa Impiana Campsite, Kg Plang, Gerik. Dengan bertemakan "Membina Generasi Rabbani", program yang disertai hampir 40 orang peserta ini telah dikendalikan oleh pimpinan BAKRIS sendiri bersama beberapa orang urusetia jemputan yang nyata melengkapkan lagi pencapaian objektif program. Kebanyakan peserta adalah dalam lingkungan 15 tahun hingga 17 tahun. Program ini nyata seimbang pengisiannya dari segi ilmiah mahupun sebaliknya. Antara barisan pengisi program yang nyata hebat ialah Ust Khalit (Pegawai Pejabat Agama Islam Gerik), Ust Zulqarnain Hassan (Ketua Jabatan Al-Syariah KIAS), & Ust Abdullah Ariff (Penuntut Al-Azhar).

3:11 PTG

Jelajah Kemuncak Keledang 2009 (JEJAK`09)

Dicatat oleh Badan Dakwah @ Kempimpinan Remaja Islam (BAKRIS)

TARIKH:
25, 26 & 27 DISEMBER 2009

TEMPAT:
GUNUNG KELEDANG, GERIK.

MASA & TEMPAT BERKUMPUL:
2.30 PTG / MASJID JAMEK GERIK


*TERBUKA KEPADA LELAKI YANG BERUMUR 18, 19 & 20 TAHUN SHJ.
*MAKLUMAT LANJUT BOLEHLAH MENGHUBUNGI TALIAN : 013-5104051 ATAU 019-4305651
*SEBARANG SUMBANGAN ADALAH DIALU-ALUKAN DAN BOLEH DIMASUKKAN KE AKAUN BANK RAKYAT DENGAN NO AKAUN
220441923233

2:46 PTG

Kem Penghayatan Islam 2009 (KPI`09)

Dicatat oleh Badan Dakwah @ Kempimpinan Remaja Islam (BAKRIS)

Tarikh:
11, 12 & 13 Disember 2009

Tempat:
D`Risa Impiana Campsite
Plang, Gerik, Perak.


*Penyertaan terbuka kepada remaja lelaki atau perempuan yang berumur 15, 16 & 17 tahun sahaja.

*Maklumat lanjut bolehlah menghubungi talian:
013-4439545 atau 019-4117891

*Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjayakan program ini.

2:39 PTG

Pengenalan BAKRIS

Dicatat oleh Badan Dakwah @ Kempimpinan Remaja Islam (BAKRIS)

Badan Dakwah Dan Kepimpinan Remaja Islam merupakan sebuah pertubuhan bebas remaja islam yang memfokuskan kearah pembentukan sahsiah para remaja kini bagi merealisasikan kehidupan masyarakat yang islamik. Badan ini telah ditubukan pada Disember 2007 dan dianggotai oleh golongan mahasiswa/i. Ianya telah rancak bergerak aktif di kawasan Hulu Perak sehingga kini dengan program-program yang banyak mensasarkan golongan remaja disamping turut mengetengahkan program yang melibatkan masyarakat umum.

Visi:

Menjadikan BAKRIS sebagai medan untuk membentuk kepimpinan remaja yang berketrampilan dan unggul sebagai peneraju negara.


Misi:

- Melahirkan remaja yang berakhlak dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang mantap.

- Mewujudkan suasana kehidupan remaja yang islamik dan berilmiah.

- Melahirkan remaja yang bersedia mempertahankan agama,bangsa dan negara.

- Mempersiapkan usia remaja dengan bekalan rohani dan jasmani.

- Melahirkan remaja yang kreatif, proaktif dan efektif dalam segenap segi.