Pihak BAKRIS telah menghantar 10 orang sukarelawan ke program Outreach XPDC Dakwah Kita Bersaudara anjuran Sekretariat Kita Bersaudara yang diadakan di Pos Kemar, Gerik, Perak selama 3 hari iaitu pada 27-29 Mac 2010. XPDC dakwah ini turut disertai kira-kira lebih 40 orang petugas dari lain-lain agensi, badan dan seumpamanya. Pihak BAKRIS merakamkan sekalung penghargaan buat pihak penganjur atas kepercayaan memberikan ruang kepada petugas BAKRIS mengendalikan beberapa bahagian disamping membantu bahagian-bahagian yang lain sebagai pelengkap program misi dakwah ini. Mudah-mudahan segala kerja buat ini mendapat keredhaan di sisi-Nya.
Arkib Blog
Gerbang Media
Cari Blog Ini
Mengenai Saya
.:: Pengikut ::.
.:: Bual Bicara ::.
.:Agensi Negeri:.
Ahli Majlis Syura BAKRIS Sesi 10/11
Dicatat oleh Badan Dakwah @ Kempimpinan Remaja Islam (BAKRIS)Mengimbau Memori : 2007, 2008 & 2009
Dicatat oleh Badan Dakwah @ Kempimpinan Remaja Islam (BAKRIS)Berikut adalah program-program yang telah dilaksanakan sejak penubuhan BAKRIS:
Bengkel Tunas Islam 2007
Tarikh : 16 Disember 2007
Tempat : Kg Gerik, Gerik, Perak.
Kem Cuti Sekolah 2007
Tarikh : 25-27 Disember 2007
Tempat : Kg Kerunai, Gerik, Perak.
Kem Solat Bestari (SMART`08)
Tarikh : 7 Februari 2008
Tempat : Masjid Nur Syuhada, Felda Bersia, Gerik, Perak.
Anjuran Bersama : Masjid Nur Syuhada.
Kembara Ibadah Muslim 2008 (KIM`08)
Tarikh : 9 Februauri 2008
Tempatt : Tahfiz Lepang nering, Pengkalan Hulu, Perak.
Motivasi UPSR
Tarikh : 10 Mei 2008
Tempat : Rumah Rehat, Gerik, Perak.
Kem Kepimpinan Remaja Islam 2008 (KRI`08)
Tarikh : 23, 24 & 25 Mei 2008
Tempat : Perkampungan Orang Asli Sungai Raba, Banun, Banding, Gerik, Perak.
Kem Bina Insan 2008 (KBI`08)
Tarikh : 3, 4 & 5 Jun 2008
Tempat : Taman Reaksi, Lawin, Gerik, Perak.
Ceramah Agama Jom P Masjid
Oleh Ust Aqil Hayy Rawa
Tarikh : 23 Jun 2008
Tempat : Dewan Serbaguna Felda Bersia, Gerik, Perak.
Anjuran Bersama : Masjid Nur Syuhada Felda Bersia, Felda Bersia, Gerik, Perak.
Kem Pemantapan Solat 2008 (KPS`08)
Tarikh : 31 Okt - 2 Nov 2008
Tempat : Sekolah Menengah Dato' Ahmad, Lenggong, Perak.
Anjuran Bersama :SMKAD

Kem Solat Si Cilik (KSSC`08)
Tarikh : 11 & 12 Dis 2008
Tempat : Dewan Orang Ramai, Kg Gerik, Gerik, Perak.
Anjuran Bersama : JKK Kg Gerik.
Kem Penghayatan Islam`09 (KPI`09)
Tarikh : 11 - 13 Disember 2009
Tempat : D`Risa Impiana, Kg Pahit, Gerik, Perak.
KPI`09 : Membina Generasi Rabbani
Dicatat oleh Badan Dakwah @ Kempimpinan Remaja Islam (BAKRIS)Plang,Gerik: Kem Penghayatan Islam 2009 (KPI`09) yang bermula diadakan 11, 12 & 13 Disember 2009 telah pun melabuhkan tirainya kira-kira tengahari pada hari ketiganya. Program yang diadakan di D`Risa Impiana Campsite, Kg Plang, Gerik. Dengan bertemakan "Membina Generasi Rabbani", program yang disertai hampir 40 orang peserta ini telah dikendalikan oleh pimpinan BAKRIS sendiri bersama beberapa orang urusetia jemputan yang nyata melengkapkan lagi pencapaian objektif program. Kebanyakan peserta adalah dalam lingkungan 15 tahun hingga 17 tahun. Program ini nyata seimbang pengisiannya dari segi ilmiah mahupun sebaliknya. Antara barisan pengisi program yang nyata hebat ialah Ust Khalit (Pegawai Pejabat Agama Islam Gerik), Ust Zulqarnain Hassan (Ketua Jabatan Al-Syariah KIAS), & Ust Abdullah Ariff (Penuntut Al-Azhar).

