Selasa, 30 Mac 2010

BAKRIS ke Pos Kemar

Pihak BAKRIS telah menghantar 10 orang sukarelawan ke program Outreach XPDC Dakwah Kita Bersaudara anjuran Sekretariat Kita Bersaudara yang diadakan di Pos Kemar, Gerik, Perak selama 3 hari iaitu pada 27-29 Mac 2010. XPDC dakwah ini turut disertai kira-kira lebih 40 orang petugas dari lain-lain agensi, badan dan seumpamanya. Pihak BAKRIS merakamkan sekalung penghargaan buat pihak penganjur atas kepercayaan memberikan ruang kepada petugas BAKRIS mengendalikan beberapa bahagian disamping membantu bahagian-bahagian yang lain sebagai pelengkap program misi dakwah ini. Mudah-mudahan segala kerja buat ini mendapat keredhaan di sisi-Nya.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan